PENGEMASKINIAN SECARA ONLINE : PENGUSAHA KILANG DI KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

Kepada semua Pengusaha / Pengilang
Di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang,

YBhg Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis dalam usaha untuk mengemaskini maklumat pengusaha / pemilik kilang di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Sepang. Bersama-sama ini disertakan pautan (link) borang secara ‘online’ untuk dilengkapkan oleh Dato’/Datin/Tuan/Puan.

Tujuan utama pengemaskinian adalah untuk membolehkan Pihak Berkuasa Tempatan (MPSepang) mewujudkan IPMC (Industrial Park Management Committee) bagi kawasan yang masih belum mempunyai IPMC dan seterus bersama-sama mengadakan kolaborasi bersama pemilik / pengusaha kilang khususnya bagi tujuan penyelenggaraan serta apa jua pembangunan di kawasan IPMC tersebut. Sebarang info atau maklumat, pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan  boleh merujuk kepada laman web berikut :

http://invest.mpsepang.gov.my

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh berhubung dengan pegawai berikut :

Puan Norlizawati binti Samsuddin,
Unit Pelaburan & Pembangunan Mampan, Jabatan Perancangan Bandar,
Majlis Perbandaran Sepang
Tel      : 03-83190371
Faks   : 03-83204500
email : invest@mpsepang.gov.my

Kerjasama Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

2017-04-19T05:54:43+00:00