TOR (Term of Reference) @ Asas Rujukan Bagi IPMC 2017-04-09T21:28:01+00:00

TOR (Term of Reference) @ Asas Rujukan Bagi IPMC

YAB.  Dato’ Menteri Besar Selangor berserta kerajaan negeri Selangor bercadang dan mengalakkan supaya semua pihak berkuasa tempatan menubuhkan IPMC bagi mengurus dan memperbaiki infrastruktur serta perkhidmatan taman-taman industri di Selangor.

Terdapat banyak taman industri di Selangor yang mengalami masalah infrastruktur dan penyelengaraan yang agak lama belum ditangani secara menyeluruh dan memuaskan. Terdapat juga taman-taman yang mengalami masalah jenayah dan masalah trafik yang serius.

Antara masalah lazim termasuk longkang tersumbat, jalan yang berlubang & tidak rata, lampu jalan rosak dan papan tanda jalan hilang. Konsep IPMC yang melibatkan kerjasama di antara pihak kerajaan negeri dan pihak pelabur bagi menangani isu-isu semasa.

IPMC dicadangkan untuk dianggotai oleh Yang Dipertua PBT dan wakil-wakil agensi/jabatan kerajaan yang berkenaan bersama dengan para pengusaha dan pelabur kilang serta syarikat perdagangan yang bertapak di taman industri di Selangor.

Jawatankuasa ini dicadang dipengerusikan bersama oleh YDP dan seorang wakil pengusaha atau pelabur yang bermesyuarat mengikut jadual yang bersesuaian untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pengusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

1.MATLAMAT IPMC bagi sesuatu taman industri adalah seperti “persatuan penghuni”.

Penubuhan IPMC bagi semua taman-taman industri di Selangor  merupakan mechanisma feedback agenda perubahan kerajaan Selangor bagi pelabur dan pengusaha  perniagaan  bertapak di sesuatu taman industri untuk memanjangkan feedback secara teratur kepada Exco negeri. Matlamatnya untuk membaiki infrastruktur dan perkhidmatan berkenaan.

2. TERMA RUJUKAN BAGI IPMC

2.1  IPMC  merupakan  badan  berasaskan   komuniti   dimana   penyertaan   terbuka  kepada   semua   pengusaha bermastautin   bersama dengan agensi   kerajaan   negeri  terutama  pihak   berkuasa   tempatan. IPMC merupakan badan ‘mesra’yang   berfungsi   berasaskan syarat ditetapkan.

2.2  IPMC harus dipengerusikan oleh 2 orang pengerusi   bersama yang terdiri daripada Yang Dipertua  PBT   atau   wakil   yang   berkuasa  bertindak   bagi  pihak YDP dan bertugas menyelaraskan pegawai dan   ketua agensi  kerajaan  yang  lain  dan  seorang   lagi pengerusi  bersama  yang  dilantik daripada   kalangan pengusaha perniagaan.

2.3  IPMC akan menentukan peraturan   dan prosedur   operasi  sendiri  yang  bersesuaian  dengan   keperluan   sesuatu  taman  industri,  atas   syarat   minit-minit mesyuarat diuruskan oleh   pegawai PBT  yang  berkenaan, walaupun  para   pengusaha boleh mencatitkan  nota  mesyuarat   mereka   sendiri.

2.4  Adalah dicadangkan keanggotaan IPMC   berjumlah diantara   15-20  wakil  yang   bermesyuarat      tidak   kurang  daripada  4   kali  setahun.

2.5  Semua   maklumbalas  patut  dipanjangkan  ke  pejabat EXCO / Ahli Majlis  Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab  bagi  portfolio Pelaburan,  Perdagangan & Industri bagi tujuan  memantau kemajuan fungsinya IPMC. YB Exco akan melantik wakil (biasanya daripada Invest Selangor (formerly know SSIC : Selangor  State Investment  Centre) untuk  menghadiri mesyuarat IPMC.